Monday, August 10, 2009

INFORMATIONAL THERAPY: Proactive vs. Reactive



Tajuk pebenda nih? Tajuk ni aku mula minat nak tahu sejak aku jumpa kawan baru dikenali masa join satu seminar wellness and biotechnology di pwtc. Aku tunggu sijil sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Agaknya diorang ingat aku tak bayar duit RM750 tu.. pasal aku tak dapat buktikan resit pembayaran. Member aku yang bayar sekali lupa letak kat mana slip bayar tu. Nasib baik diorang bagi aku masuk juga.
Seminar tu adalah gabungan alternatif medicine macam dalam herba, kecantikan, urutan melayu, jamu, akupuntur dengan bidang biotechnology dlm industri wellness. (kesejahteraan).
OK juga la seminar tu. Banyk juga info yang aku tahu. Siap pegi test buat akupuntur masa demo diorang. Aku paling banyak jarum akupuntur dari orang lain. 16 batang; 4 di kepala, 2 di kening, 3 ditelinga kiri, 3 ditengkuk, 2 di atas tempat misai(jadi macam misai kucing), dan 2 di belakang tapak tangan.

2 orang gadis ni cuba akupuntur sebelum aku.
Gambar aku dekat photographer event tu. Aku akan call dia bila nak suh dia email, sekali phone aku ilang...

Aiseh, tajuk aku belum lagi masuk.. baru mukaddimah.
Masa disitu aku berkenalan dengan seorang ahli terapi berketurunan cina. nama dia david. Asal latarbelakang dia adalah lulusan IT tapi mula buat full-time terapi resonance selepas dia berguru dengan sifu dia yang telah merawat dia masa dia sakit lama dulu.
Dia ni banyak juga knowledge pasal terapi and benda alah science ni. Aku sebut pasal Islamic Healing Therapy, Kenapa takde slot pasal Islamic therapy, bomoh siam, dukun, mbah seman, pawang dan sebagainya terlibat sekali dalam presentation seminar macam nih..
Sebelum tu aku dah tanya dekat penganjur. Prof tu kata Perubatan Islam dan semua yang tak melibatkan herba, barang dan sebagainya tak termasuk dalam wellness industry. Urut melayu untuk badan dan perbidanan dikategorikan dalam rawatan traditional, masih buleh diterima.
So, David ni kata patutnya kena libatkan sekali dengan rawatan traditional n alternatif yang lain. Terapi yang tu khususnya macam Perubatan Islam dipanggil Informational Therapy. Antara sebab Informational Therapy ini di panggil sebab jenis perubatan n rawatan macam ni tak melibatkan mesin, herba sepenuhnya tapi menggunakan bacaan, spell, motivasi, komunikasi dan interaksi.
Dan kalau difikir logik, diri kita ni bukan hanya ada jasad luar yang dirawat secara langsung, tapi ada jasad batin dan ruh (soul and spirit) serta akal (mind). Kadang-kadang ada yang nampak sempurna tubuh badan, tiada penyakit, tiada cacat cela...tetapi malangnya jiwanya sakit, akalnya tak waras. Mereka ini sakit. Mereka perlu dirawat dan dikawal. Ada ubat dan penawar untuk meringankan penyakit itu. Ubatan-ubatan moden dan herba mampu untuk mengubati penyakit ini.. tapi harus dengan bantuan kata. Suntikan ubatan bukan untuk menyembuhkan penyakit itu tetapi untuk sementara.
Jadi, bentuk terapi informasi inilah yang digunakan untuk mengubati dan menyokong keberkesanan penawar pesakit. Akalnya dibentuk dan disuntik kata semangat untuk terus hidup dan berfikir. Jiwanya diberi makan dengan makanan ruhani samada dalam bentuk umum mahupun cara Islam. Cara ini meliputi cara Chinese healing dan sebagainya. Ia dipanggil natural healing and holistic approach.
Masa aku belajar basic Qi Gong dulu di kampus oleh Allahyarham Dr Zulkanain Afero, kitaorang diajar juga pasal holistic approach nih.
Holistic Approach ini adalah cara pendekatan yang lebih menyeluruh untuk mengubati dan mencegah penyakit. Ia berbeza dengan Modern approach yang diamalkan oleh barat. Pendekatan moden yang hanya bertunjangkan sains cuma mementingkan cara menyembuh dari melihat semua aspek yang berkaitan.
Contoh perbandingan rawatan penyakit melalui holistik approach ni dengan modern approach diibaratkan macam penyakit yang disebabkan oleh lalat.
Pakar rawatan moden hanya akan bereaksi mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit dan mengkaji apakah cara untuk membunuh agent penyakit itu iaitu lalat.
Holistik approach bertindak pro-aktif dengan bukan hanya cara menyembuhkan penyakit tetapi membuat langkah pencegahan seperti mencari sebab wujudnya lalat tersebut dan tempat pembiakannya. Sekiranya sampah adalah sebab pembiakan lalat tersebut, maka ia perlu dialihkan.
Informational therapy ini sebenarnya bukan seperti macam apa yang kita fikirkan sebelum ini. Sebut pasal bomoh siam, pawang, dukun, ahli sihir dan sebagainya, kita terbayang orang baca mantera, guna jin dan sebagainya.
Menurut ilmu Informational Therapy ini, tenaga kuasa atau chi ini yang ada dibadan kita dan disekeliling kita sebenarnya mampu digerakkan untuk mengubati penyakit melalui daya resonance atau gelombang yang masuk kedalam badan kita dan mengaktifkan sel-sel semula atau merawat bahagian dalaman yang sakit.
Terdapat juga alat atau mesin yang direka untuk mendiagnos; menentukan sebab awal penyakit terjadi, bentuk rawatan yang patut diberi dan sebagainya. Menurut kata David lagi, mesin tu gempak juga pasal buleh detect penyakit samada kena sampuk, manderem, rasuk atau sakit otak/mental/psychology atau sakit badan.
Sebagai contoh, kalau ada pesakit datang tak tentu arah dan terjerit-jerit, maka kita gunakan mesin itu utk diagnose priority sakit dia. Mesin tu akan detect punca awal penyakit tersebut bermula. Punca itu dari sudut mana. Jika sakit itu berpunca dari stress, maksudnya punca awal adalah dari mental membawa kepada sakit lain yaitu lemah badan n semangat dan selepas itu baru terkena sampuk.
Maka, therapist akan lebih mudah untuk merawat pesakit." Tapi adakah mesin itu ada guna jin untuk buleh tahu pesakit tu kena rasuk atau tak?", soal aku. Takla, mesin tu guna teknologi sains la.. buleh detect melalui resonance atau gelombang yang akan masuk kedalam badan kita.
Lebih kurang macam mesin untuk detect hantu la nih.. tapi pepun, Allah juga yang menyembuhkan penyakit dan semua yang berlaku atas keizinanNya.
Jangan biarkan anda diselubungi misteri.....